Di Elken, asas kami adalah berdasarkan kepercayaan.
Kepercayaan ialah sebab utama kami mampu berdiri teguh dan tetap selama 15 tahun.
Dari menghubungkan insan pada tahap hati-ke-hati kepada memperkaya semua
aspek kehidupan mereka, kepercayaan dari pihak luar dan kepercayaan
kami terhadap pihak luar sentiasa menjadi asas kekuatan dan motivasi
kejayaan setiap orang.
Kepercayaan inilah yang menjadi asas untuk membina sebuah perniagaan
yang berkembang maju dan dipercayai, dan demi sebab inilah kami ingin
mengundang anda untuk menyertai perjalanan penuh inspirasi kami.
Disatupadukan oleh kepercayaan, kami menawarkan yang lebih daripada yang
diperlukan, demi kehidupan yang gembira dan sentiasa diingati.
PENCAPAIAN
1995
Pengasasan Elken Sdn. Bhd.
Membuka Cawangan Elken Johor Bahru
1997
Penubuhan ELKEN Singapura
Membuka Cawangan Elken Kota Kinabalu
Memperoleh status 10 Syarikat Terkemuka di kalangan syarikat jualan
langsung Malaysia seperti yang dilaporkan di majalah ‘Today’
1998
Membuka Cawangan Elken Seberang Jaya
Penubuhan kilang yang tercanggih untuk penghasilan Sistem Penulenan Air Osmosis Songsang (R.O.)
Pensijilan ISO9002 oleh SIRIM, menjadikan Elken syarikat jualan langsung Malaysia yang pertama memperolehnya
Mencapai turnover dalam purata RM10 juta setiap bulan sepanjang masa
1999
Penubuhan ELKEN Indonesia (Jakarta)
2000
Penubuhan ELKEN Thailand (Bangkok)
Membuka cawangan Elken di Medan Indonesia
Memperoleh hartanah untuk dijadikan Ibu Pejabat dengan keluasan melebihi 100,000 segi kaki
ANUGERAH KORPORAT
Kekuatan ELKEN terletak pada visi korporatnya yang telah mengemudikan
syarikat ini bagi membina satu asas yang kukuh melalui urus tadbir
korporat, penguasaan ilmu, peningkatan produktiviti, inovasi berterusan
serta perkhidmatan komuniti. ELKEN telah membuktikan berkali-kali
sebagai peneraju dalam industri yang diceburinya.
Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2008, 2009
ELKEN Bio Pure telah dianugerahi Anugerah Emas Jenama Dipercayai
Reader’s Digest (Malaysia) untuk 2 tahun berturut-turut oleh
penganugerah terkemuka Asia untuk prestasi jenama. Dalam kaji selidik
jenama ini, pengguna yang dipilih secara rawak diminta menilai sesuatu
jenama dari segi imej kewibawaan, kebolehpercayaan, kualiti, nilai,
pemahaman terhadap keperluan pengguna dan inovasi. Hasilnya, ELKEN Bio
Pure muncul sebagai satu-satunya Jenama Dipercayai dalam kategorinya
yang dapat menyingkirkan hampir kesemua pencemar air.
Mohor Emas WQA 2008
Siri ELKEN Bio Pure Ken telah dianugerahi Mohor Emas WQA S-300, salah
satu mohor lambang kualiti dan prestasi yang paling dihormati dan
diperakui dalam industri rawatan air. ELKEN Bio Pure merupakan salah
satu daripada tiga penerima di seluruh dunia setakat ini, dan yang
pertama dan satu-satunya sistem yang berasaskan membran di Asia yang
menerima perakuan industri antarabangsa.